Mamayu yakin ramai yang mengalami situasi seperti Dilla. Kesannya anda sendiri kurang selesa dengan keadaan bentuk badan sendiri, apatah lagi orang lain. Terutama sekali pasangan hidup anda!
Gaya berpakaian juga menjadi terhad. Kebanyakan pakaian zaman anak dara banyak yang tak boleh dipakai lagi. Kemungkinan dah pon dibuang atau dijadikan kenang-kenangan sahaja.
Ayuh!!! Jangan tunggu masalah semakin rumit dan meruncing. Bertindaklah segera dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.
Mamayu nak share sedikit tips buat anda semua bagi menyelesaikan masalah yang membelengu anda kini.
1. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Anda tak perlu melakukan sit up beratus-ratus kali. Memadai dengan hanya satu atau dua sesi seminggu dengan latihan yang berkualiti dan konsisten. Senaman yang konsisten dan berterusan lebih memadai dari melakukan senaman secara ekstreem.
2. Lakukan pelbagai latihan untuk bahagian abdomen. Beri tumpuan pada otot abdomen semasa latihan. Latihan ini dapat menbantu membakar lemak yang terkumpul dibahagian tersebut.
3. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik.
4. Elakkan makanan berminyak dan mengandungi garam yang tinggi.
5. Minum banyak air dan kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak akan timbul.
6. Untuk kesan lebih cepat, pakar menyatakan minum segelas air sebelum makan dapat membantu anda merasa cepat kenyang dan ini secara langsung dapat mengelakkan kita makan dengan banyak dalam satu-satu masa.
7. Jangan minum air sejurus makan.
8. Perlu mengambil kira kalori dalam setiap hidangan yang kita makan bagi membakar lemak yang berlebihan.
9. Pastikan makanan / tenaga yang masuk bersesuaian dengan tenaga yang akan keluar. Jika makan banyak, aktiviti yang dilakukan juga perlu banyak. Mengambil makanan tambahan untuk membantu meningkatkan metabolisma yang dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori.
10. Jangan makan makanan yang terlalu sejuk atau yang terlalu panas.
11. Mengubah pola makanan terutama mengurangkan makanan bergoreng, berlemak, manis dan berkolestrol. Contoh : daripada makan ais krim lebih baik tukarkannya kepada yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan. Selain bermanfaat untuk mengurangkan berat badan, ianya juga membantu menjaga kesihatan tubuh.
12. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
13. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafien dan gas.
14. Elakkan makan makanan yang mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
15. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan.
16. Kurangkan pengambilan nasi.
17. Cuba berpuasa sekali seminggu untuk merehatkan badan, perut dan minda.
18. Mengawal stress dengan bijak dengan cara melakukan riadah dan pemakanan yang sihat.
19. Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan atau berdiri.
20. Kawal perasaan dengan menetapkan minda anda. Jika yakin anda sudah kenyang, walaupun mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, anda tetap akan berasa kenyang.
21. Buat catatan harian dengan merekodkan menu yang anda makan. Ia dapat memastikan anda mengikut panduan pemakanan yang dicadangkan. Anda juga boleh merekodkan ukur lilit pinggang anda.
22. Makan banyak sayur-sayuran kerana ia mampu membantu mencernakan penghadaman dan seterusnya membolehkan ia 'bekerja' dengan baik.
23. Ubah cara memasak kepada teknik merebus, memanggang dan mengukus.
Lakukan usaha ini dengan disiplin. Tanpanya usaha anda akan gagal!!!!!
Mamayu juga mencadangkan anda yang ingin mendapatkan bentuk badan idaman boleh mengamalkan makanan tambahan semulajadi dari produk Shaklee.
Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153
Email:ayu_aisya06@yahoo.com
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN,
Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan
No comments:
Post a Comment