Sunday, 18 May 2014

CONTOH SURAT PERMOHONAN BERNIAGA SECARA ONLINE





 Assalamualaikum, hari nie mamayu nak share mcm mana nak buat surat permohonan meminta kebenaran berniaga secara online kepada majikan.

oleh kerana kini, penjawat awam yang telah atau ingin berniaga secara online bagi menambah pendapatan sampingan perlu meminta kebenaran kepada majikan.

Mamayu yakin ramai di antara kita yang sedang berusaha memohon kebenaran secara bersurat kepada ketua jabatan tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat.

Jangan risau yer kawan2.. arini mamayu nak share surat yang mamayu dah buat.. Ayat tak perlu panjang lebar menyatakan kenapa kita berniaga secara online.. sbb, majikan mmg tahu kenapa kita berniaga..create ayat yg simple tetapi jelas.. kemudian hantar kepada bahagian pengurusan untuk sokongan sebelum di hantar kepada pegawai atasan. 

In Sya Allah, jika kita ikhlas dan jujur kepada majikan.. kelulusan akan diperolehi dengan segera.. kalau pegawai panggil kita.. siap sedialah reason2 dan perjanjian2 kita dengan bos..  Manalah tahu tiba2 bos tanya tentang bisnes kita.. n mintak kita suggest supplement apa yg sesuai buat dia..kan masyukkk tu... haaa..masa tu pon kena siap sedia template jawapan yg betul.. kasi consult bos tu sampai closed deal... hehehe..

ok lah, bawah ni contoh ayat2 yang mamayu buat.. simple jer tp, maksud sampai.. tambah la sikit kita tak akan abaikan tanggungjawab kita sebagai penjawat awam,, klau sesiapa ada sijil ssm atau sijil2 berkaitan bisnes..boleh kepilkan sekali.. so, bos akan tahu kita memang serius berniaga.

akhir sekali, lepas tandatangan terus hantar kebahagian pengurusan. n boleh la kita doa bnyak2 semoga permohonan kita diluluskan. 

Kebanyakan majikan kita akan luluskan pun..so, jangan risau.. kita berniaga nak kan keberkatan.. supaya nanti tak ada isu berbangkit..



NAMA
ALAMAT


TARIKH
______________________________________________________________________________

Kepada :

NAMA & 
ALAMAT MAJIKAN


Tuan,

MEMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

Adalah dimaklumkan saya NAMA SENDIRI, No. K/P : 123456789 ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan bagi menjalankan perniagaan dalam talian. Permohonan ini adalah  selaras dengan surat khas daripada JPA kepada ketua Jabatan bertarikh 6 Mac 2014 berkaitan Pemantauan Ke atas Pegawai Awam yang menjalankan perniagaan dalam talian dimana ianya tertakluk dalam Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 .

2.            Bersama-sama ini disertakan Lampiran Salinan Sijil Perakuan Pengedar Sah Shaklee(JIKA ADA) yang menyatakan bahawa saya kini menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan daripada Syarikat Shaklee Malaysia bagi rujukan pihak tuan.

3.            Sebagai seorang penjawat awam yang bekerja dibawah kerajaan, saya berjanji tidak akan mengabaikan tugas hakiki dan akan menjalankan tugas saya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.
               
Yang Benar,


(NAMA)
JAWATAN



Semoga contoh surat di atas dapat membantu rakan2 bisnes online sekalian.. tak kira kita bisnes baju ker..tudung ker..bisnes kuih muih ker.. bisnes supplement mcm mamayu ker.. yang penting kita dah declare pada majikan.. keberkatan itu penting supaya rezeki yang diperolehi dari sumber yang halal..






Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan

No comments:

Post a Comment