Saturday, 17 May 2014

8 CARA JAUHI RADANG SENDI

Assalamualaikum.. Alhamdulillah...malam ni mamayu tergerak hati nak share sikit pada uoll tentang penyakit artritis..




Secara umumnya penyakit Artritis merupakan pembekakan disekitar sendi dan ianya adalah salah satu darpada kesan gaya hidup yang tidak sihat, termasuklah amalan pemakanan yang tidak sihat juga.

Penyakit ini melemahkan sendi ini mengurangi gerakan dan menyebabkan sengal-sengal seiring dengan penambahan usia.

Statistik menunjukkan bahawa pengidap artritis mengalami hari-hari yang menyakitkan 3 kali ganda berbanding orang sihat.

Menyembuhkan penyakit ini sangatlah lambat dan menyakitkan. Oleh itu, adalah lebih baik mencegahnya dari awal dengan menerapkan gaya hidup yang sihat.

So, kebetulan mamayu ada terbaca  INFO SIHAT didalam majalah Mingguan Wanita keluaran tahun 2011..Terdapat beberapa beberapa tips atau panduan bagaimana mencegah penyakit ini.

Jom Ikuti Panduan dibawah:

1. MINUM BANYAK AIR
Cuba untuk minum lebih banyak air kosong. Air sangat penting bagi memperbanyakkan cairan dalam tubuh badan. 
Minum banyak air dapat membantu menjaga berat badan sekali gus dapat mengurangkan obesiti.
Air amat penting di dalam tubuh untuk kegunaan sendi dan mengurangi kadar toksin didalam tubuh dan menjadikan tubuh sentiasa segar.
Untuk pengetahuan anda, ketika kita bergerak, sendi menarik air dari sumsum tulang ke rongga sendi jika ada air yang tersedia. Jika badan anda tidak mempunyai air yg mencukupi. Sendi tidak dapat bergerak seperti yang sepatutnya..

2. MINUM JUS
Jus Oren dikenal pasti dapat mengurangkan risiko radang sendi. Ini kerana terdapat antioksidan didalam jus oren.
Ambil segelas jus oren setiap pagi menjadi permulaan hari yang sihat dan baik untuk anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi beta-cryptoxanthin bukan hanya menyihatkan tulang dan kulit, tetapi juga membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh yang secara langsung terlibat dengan rheumatoid arthritis.

3. MINUM SUSU
Umum mengetahui susu mengandungi kalsium yang diperlukan tulang. Segelas susu dapat mencegah banyak penyakit dan salah satu darinya adalah arthritis.
Kalsium dalam susu amat penting untuk mencegah radang sendi.
Oleh itu, susu perlu menjadi sebahagian daripada makanan anda setiap hari.
Produk susu seperti yogurt dan keju elok diamalkan setiap hari.

4. BERJALAN
Sendi kita perlu aktif dan sentiasa sihat. Berjalan cepat dan berjoging adalah cara asas untuk melakukan hal ini. 
Anda turut boleh melakukan yoga, berenang dan peregangan biasa bagi membuat sendi bebas dari stress. Aktiviti ini juga membantu mengawal berat badan kerana pengawalan berat badan yang baik adalah penting kerana ia menjadi beban kepada banyak sendi di tubuh.

5. KASUT YANG SESUAI
Pemakaian kasut yang sesuai bukan sahaj untuk cantik. Tetapi ia juga perlu baik untuk kesihatan tulang anda. Apa yang penting, adalah memilih kasut yang empuk dan dapat menampung keseluruhan kaki serta selesa dipakai.

6. OLAHRAGA DITEMPAT KERJA
Jika pekerjaan anda memerlukan anda terpaksa duduk berejam-jam mengadap komputer. Cubalah beristirehat seketika bagi 

7.ELAKKAN ANGKAT BARANG BERAT
Hindari daripada angkat barangan yang terlalu berat. Mengangkat barang-barang berat dengan kerap boleh memberi tekanan pada sendi sehingga menyebabkan kesakitan padanya.

8. AMBIL SUPLEMEN
Minyak ikan dikatakan dapat membantu mencegah arthritis. Suplemen ini merupakan sumber yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang membantu menjaga kesihatan tubuh. Sumber-sumber alam seperti kuning telur dan ikan salmon juga turut disarankan.

Antara 8 cara bagaimana menjauhi Radang Sendi yang mamayu share pada anda semua. Bagi mereka yang mempunyai ibu bapa yang menghidap penyakit ini anda disarankan memantau dan menjaga pergerakan ibu bapa kita agar penyakit radang sendi ini tidak mengganggu mereka.

Adalah sangat sedih jika Radang Sendi ini berlaku kepada kedua orang tua kita.. Ini kerana segala pergerakan mereka agak terbatas. untuk mengerjakan solat pun mengalami kepayahan.

Jika anda sayangkan kedua orang tua anda. Berikan makanan kesihatan yang terbaik buat mereka. Mamayu mencadangkan supplemen kesihatan Sendi dari Produk Shaklee sangat sesuai diberi kepada ibubapa kita.

Alhamdulillah, mamayu dah pun beri mak mertua mamayu cuba set ini..So, far mak dah tak merungut lagi sakit dibahagian sendi.. Sebelum mak mengerjakan umrah tempohari.. Mamayu dah pun bekalkan sebotol lagi Omega dan Ostematrix kepada mak. Semoga mak dapat mengerjakan umrah dengan lancar disana. Ameen..

Gambar di bawah merupakan set cadangan bagi kesihatan sendi.. Jom kita tgok apa kebaikan yang terdapat dalam tiga2 produk ini.



SET CADANGAN BAGI KESIHATAN SENDI

Terdiri daripada:

- ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
- OMEGA GUARD
- OSTERMATRIX


* memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting * penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur tulang yang kuat.
* membantu mengekalkan tulang yang kuat

* membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi ajht

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
- mengandungi extrak Boswella di mana mampu meningkatkan
keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari.
- Mampu menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti,
meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk
jangka masa panjang.
- mengandungi kombinasi nutrient kesihatan sendi seperti zinc,
kuprum, manganese, dan vitamin c dimana setiap satunya
memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membantu
pembentukan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.
- 100% bebas kekerang, 100% vegetarian, 100% bebas kondroitin
untuk penyerapan glukosamin yang baik

OMEGA GUARD
- memelihara fungsi-fungsi sendi( arthritis) – paras asid lemak
omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh
mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
- mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout
dengan effective.

OSTEMATRIX
- menguatkan tulang – kalsium menghalang osteoporosis,
menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
- merawat tulang retak, osteomalasia (riket orang dewasa), kuku
rapuh, ekzema, kekejangan otot, gusi berdarah dan merangsang
pemekatan darah.
- memperbaiki kekejangan dan kebas otot
- pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki
kebas-kenas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
- membekalkan vitamin D untuk meningkatkan penyerapan kalsium
dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan
kerangka dan memperbaiki penyakit periodental.


Simptom-simptom sendi TIDAK SIHAT!!!!!

Peranan Setiap Nutrien bagi kesihatan Sendi

Jom berikan yang terbaik untuk diri anda  ibu bapa anda.. untuk pertanyaan lanjut berkaitan supplement di atas.. Boleh hubungi mamayu yerrr.

Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan

No comments:

Post a Comment