Thursday 29 May 2014

Petua Membuang Toksin Dari Tubuh

Bagaimana toksin terjadi ?                           

  Toksin dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia  seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian . Kesihatan manusia  menjadi teruk apabila menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya  terjadi pelbagai penyakit seperti  barah, migrain dan sebagainya.



TAHUKAH ANDA??

   Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan . Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksin tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami  sakit gout, kulit menjadi kusam  dan sebagainya  lagi.

  Toksin terdapat pada seluruh organ manusia,dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia,MEROKOK dan sebagainya.  Antara penyingkiran toksin secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksin juga akan dikeluarkan  melalui peluh   hasil dari aktiviti bersukan.Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.

Mengapa Anda Perlu Membuang Toksin?

  Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksin dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksin ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banmyak lagi kesan-kesan buruk.  Dengan mengurangkan jumlah toksin didalam tubuh badan aakan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.

Sistem limpa meemainkan peranan penting didalam sistem immune untuk menyingkirkan toksin. Apabila sistem limpa terhalang  cairan limpa akan terhasil dan menyebabkan sistem limpa bertoksin. Konsep disebalik teknologi orang Asia ini adalah untuk mengekstrak cairan limpa didalam tubuh badan dengan membuang halangan tadi. Ia juga bertujuan untuk menyingkirkan sisa metabolik dan toksin, menghantar nutien kedalam sel-sel dan meningkatkan kadar metabolisme . Tambahan pula jika kita menggunakan foot patch berterusan boleh memperbaiki kulit dan melambatkan proses penuaan.   Detox Foot Patch sesuai untuk anda disebabkan kualitinya, mengandungi campuran organik dan dos yang dibenarkan.


Penyakit yang sering terjadi akibat lebihan toksin di dalam badan!!! 


Apakah simptom yang menunjukkan toksin berlebihan dalam badan?

  Toksin boleh memberi kesan kepada orang yang berbeza melalui pelbagai cara .
Simptom ini  adalah terlalu banyak untuk disenaraikan . Antara simptom utama adalah 
keletihan melampau, kesakitan otot badan, kegagalan sistem imunisasi tubuh.  Disini  
adalah senarai simptom penyakit yang disebabkan oleh toksin berlebihan.

Acid Reflux Disease (GERD) or ( Perut Memulas)
Indigestion - ( Sakit Perut )
Irregularity - Constipation - Hard Stools - ( Buasir )
Irritable Bowel Syndrome (IBS) - Crohn's Disease
Abdominal Pain - Inflammatory Bowel Diseases (IBDs)
Spastic Colon - Colitis - Ileitis
Excess Gas - ( Perut Kembung)
Bad Breath - ( Badan Berbau )
Belching - ( kembung)
Enlarged Abdomen - Protruding Belly
Excess Stored Fat - Excess Weight - ( Kegemukan)
Skin Conditions - ( Penyakit Kulit)
Inflamed Skin - Dermatitis - Eczema - Psoriasis
Allergies and Hay Fever -( Alergik pada Makanan)
Fibromyalgia - Sciatica
Joint Pain - Arthritis - ( Sakit Kepala/ Migrain)
Insomnia - ( Kesukaran untuk tidur)
Low Energy - Loss of Mental Clarity - ( Kekurangan Tenaga/keletihan)


Bagaimana saya ingin mengetahui Toksin didalam badan saya berlebihan?

  Tidak kira bagaimana kita menjaga kesihatan , kita masih terdedah pelbagai toksin 
terkumpul didalam kehidupan moden. Sungguhpun kita boleh mengurangkan atau 
menyahtoksin melalui senaman yang berterusan , makan makanan organik ,  
pembersihan hati, pembersihan ginjal, pembersihan usus besar, kadangkala ia masih 
tidak mencukupi. Fakta yang sebenar adalah sesetengah orang boleh mengawal jumlah 
toksin memasuki tubuh dan sesetengah orang lagi tidak boleh mengawalnya. Semua ini
juga dipengaruhi kadar metabolisme tubuh badan seseorang. Ada orang sentiasa sihat
tidak kira apa jua makanan dan minuman  dan ada juga orang yang sakit  walaupun 
mengamalkan pelbagai jenis diet . 

Bagaimanakah Alfafa Complex menyahtoksin dari badan saya?

Umum mengetahui sisa toksin akan terkumpul didalam badan melalui makanan, udara 
yang disedut akan menyebabkan banyak masalah kesihatan. 
Apabila tahap toksin mencapai tahap yang tinggi akan menyebabkan masalah  seperti 
keletihan, pandangan mata kabur dan bermacam lagi. 

Masalah kesihatan ini biasanya tidak boleh dikesan oleh doktor pada pandangan biasa
dan memerlukan rawatan lanjutan yang semestinya memerlukan kos yang tinggi untuk
mengetahui puncanya. Selepas anda menggunakan Alfafa, in sya Allah anda akan 
menjadi lebih sihat dan pastinya doktor juga akan terkejut melihat hasilnya!

  Terdapat pelbagai cara untuk mengeluarkan toksin didalam tubuh badan seperti 
berpuasa, diet, senaman yang berterusan dan sauna. Sesetengahnya memerlukan
kos tinggi, sukar untuk maintain dan bahaya !

Detoxification menggunakan Produk Shaklee adalah yang terbaik, secara semulajadi dan selamat, mudah dan berkesan.



Monday 19 May 2014

PELBAGAI RESEPI MEALSHAKES UNTUK ANAK TERSAYANG

Assalamualaikum.. Hai semuaaa!!

ibu-ibu yang dikasihi sihat ker???... pada ibu-ibu surirumah..mesti ngah gembira golek-golek bersama anakanda tersayang... seronok bila tgok anak-anak membesar depan matakan..

In sya Allah, pasti suatu hari nanti mamayu juga akan dapat memberi sepenuh perhatian bersama anak dan suami tersayang.

bahagiaaanyaaaa masa tu...

jom kita teruskan mimpi-mimpi indah bergolek2 dengan anakanda dan suami tercinta sambil minum "Milo Mealshakes Tabur"

Resepi ni hasil idea dari mamayu sendiri..^_^


MILO MEALSHAKES TABUR
Bahan-Bahan utama:
3 sudu besar MEALSHAKES Shaklee ( ini secret resepi..pastikan anak-anak tak tahu yer)
5 sudu besar Milo (2 orang )
2 sudu besar Susu Pekat
Air masak / air kosong secukupnya
Ais ( secukupnya)

Cara-cara:
1) Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.. 
2) Shake..shake..shakee sampai sebati..
3) Tuangkan dalam gelas
4) Akhir sekali taburkan Milo di atasnya.. 
Siapppp diminum!!!!!

kompom anak-anak pasti suka.^__^ minuman penuh khasiat dengan vitamin tambahan tanpa anak-anak cerewet ini mengetahuinya.. Boleh diminum pada waktu petang..

di bawah ni pula mamayu nak share satu resepi super sedap.. Mealshakes di adun menjadi "Aiskrim Oreo MealShakes.. resepi ni di ambil dari kawan mamayu Ibu Nur untuk menarik selera anak-anaknya..

Jom kita cuba!!




 AISKRIM OREO MEALSHAKES
Bahan-Bahan:
3 sudu MEALSHAKES
1/2 tin susu pekat manis
1 tin susu cair / susu kotak dutch lady full cream
1 biji telur
1 sudu kecik esen vanila
1 sudu kecik ovellete

Cara-Cara :
1) Putarkan semua bahan 20-25 minit sampai kembang
2) Resepi pertama hancurkan biskut oreo masukkan kedalam bekas masa tengah putar. ( Resepi kedua, keluarkan cream biskut oreo & blender kering biskutnya sahaja dan letak tepi)
3) SIap putar letak dalam bekas & hiaskan dengan biskut oreo yang diblender tadi.
4) Akhir sekali masukkan kedalam peti ais bahagian sejuk beku selama semalaman.

Tips: 
# boleh buat dalam bekas besar atau bekas kecil-kecil untuk mudah dimakan. 
# jika nak buat banyak.. doublekan bahan2 tersebut.
# kelebihan pakai melashakes ais krim lambat cair!!!
dan ianya super duper sedapppppp...

Muhammad Mirza Ukhail kecil lagi.. So, ais krim ni mummy n Daddy la yg makan..hehehe..

Last Resepi yg mamayu nak share... Resepi kali ni dari kalangan adik beradik shaklee yang share.. anaknya memang seorang yang cerewet.. Sentiasa memilih apa yang nak dimakan.. kadang-kadang si ibu sangat pening melihat gelagat anaknya.. Untuk anak-anak yang cerewet begini.. si ibu perlu memainkan peranan penting bagaimana nak menarik perhatian si kecil.

Jom kita tgok apa resepinya.



ROTI GARDENIA BERSALUT COKLAT MEALSHAKES
Roti Gardenia @ sebarang jenama roti
Coklat Hersheys
MEALSHAKES Shaklee

Cara-cara:
1) satukan coklat hersheys dan Mealshakes.. adun sebati..
2) sapukan pada roti Gardenia..
Siap untuk dimakan!!!

Alhamdulillah...itu sahaja yang mamayu dapat kongsikan bersama anda di luar sana.. 3 resepi yang boleh di adaptasikan dari minuman kesihatan Mealshakes.

Sebagai ibu yang berilmu.. jika menghadapi masalah anak2 yang cerewet.. masalah anak tak nak makan.. peranan kita sebagai ibu sangat penting supaya anak dapat membesar dengan sihat.

So, ibu-ibu.. jangan hadkan kreativiti anda.. Jadilah ibu-ibu yang kreatif... ilmu dah ada..resepi pon mamayu dah share.. antara nak atau tak nak jer... 3 resepi ni mamayu dah pilih-pilih agar khasiat pada mealshakes tidak terganggu.. Mealshakes tidak boleh di bancuh dengan air panas atau di adunkan dalam resepi yang memerlukan ianya menggunakan suhu yang tinggi.. ini akan menyebabkan khasiat pada mealshakes akan hilang..



Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan



Sunday 18 May 2014

CONTOH SURAT PERMOHONAN BERNIAGA SECARA ONLINE





 Assalamualaikum, hari nie mamayu nak share mcm mana nak buat surat permohonan meminta kebenaran berniaga secara online kepada majikan.

oleh kerana kini, penjawat awam yang telah atau ingin berniaga secara online bagi menambah pendapatan sampingan perlu meminta kebenaran kepada majikan.

Mamayu yakin ramai di antara kita yang sedang berusaha memohon kebenaran secara bersurat kepada ketua jabatan tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat.

Jangan risau yer kawan2.. arini mamayu nak share surat yang mamayu dah buat.. Ayat tak perlu panjang lebar menyatakan kenapa kita berniaga secara online.. sbb, majikan mmg tahu kenapa kita berniaga..create ayat yg simple tetapi jelas.. kemudian hantar kepada bahagian pengurusan untuk sokongan sebelum di hantar kepada pegawai atasan. 

In Sya Allah, jika kita ikhlas dan jujur kepada majikan.. kelulusan akan diperolehi dengan segera.. kalau pegawai panggil kita.. siap sedialah reason2 dan perjanjian2 kita dengan bos..  Manalah tahu tiba2 bos tanya tentang bisnes kita.. n mintak kita suggest supplement apa yg sesuai buat dia..kan masyukkk tu... haaa..masa tu pon kena siap sedia template jawapan yg betul.. kasi consult bos tu sampai closed deal... hehehe..

ok lah, bawah ni contoh ayat2 yang mamayu buat.. simple jer tp, maksud sampai.. tambah la sikit kita tak akan abaikan tanggungjawab kita sebagai penjawat awam,, klau sesiapa ada sijil ssm atau sijil2 berkaitan bisnes..boleh kepilkan sekali.. so, bos akan tahu kita memang serius berniaga.

akhir sekali, lepas tandatangan terus hantar kebahagian pengurusan. n boleh la kita doa bnyak2 semoga permohonan kita diluluskan. 

Kebanyakan majikan kita akan luluskan pun..so, jangan risau.. kita berniaga nak kan keberkatan.. supaya nanti tak ada isu berbangkit..



NAMA
ALAMAT


TARIKH
______________________________________________________________________________

Kepada :

NAMA & 
ALAMAT MAJIKAN


Tuan,

MEMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

Adalah dimaklumkan saya NAMA SENDIRI, No. K/P : 123456789 ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan bagi menjalankan perniagaan dalam talian. Permohonan ini adalah  selaras dengan surat khas daripada JPA kepada ketua Jabatan bertarikh 6 Mac 2014 berkaitan Pemantauan Ke atas Pegawai Awam yang menjalankan perniagaan dalam talian dimana ianya tertakluk dalam Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 .

2.            Bersama-sama ini disertakan Lampiran Salinan Sijil Perakuan Pengedar Sah Shaklee(JIKA ADA) yang menyatakan bahawa saya kini menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan daripada Syarikat Shaklee Malaysia bagi rujukan pihak tuan.

3.            Sebagai seorang penjawat awam yang bekerja dibawah kerajaan, saya berjanji tidak akan mengabaikan tugas hakiki dan akan menjalankan tugas saya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.
               
Yang Benar,


(NAMA)
JAWATAN



Semoga contoh surat di atas dapat membantu rakan2 bisnes online sekalian.. tak kira kita bisnes baju ker..tudung ker..bisnes kuih muih ker.. bisnes supplement mcm mamayu ker.. yang penting kita dah declare pada majikan.. keberkatan itu penting supaya rezeki yang diperolehi dari sumber yang halal..






Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan

ATASI MASALAH MATA SEMBAB DAN HITAM


 Mata sembab dan lingkaran mata hitam atau mata letih sering kali berlaku pada mereka yang menghadapi masalah kurang tidur atau tidak cukup masa rehat.

Masalah kian teruk apabila anda menghidap selesema. Ia secara langsung mengganggu penampilan diri terutama bagi yang banyak masa di luar dan bertemu dengan orang ramai.




Jom ikuti tips ringkas menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di dapur kita bagi mengatasi masalah mata sembab nie.




KENTANG
Kupas kentang terlebih dahulu, bersihkan dan biarkan kering sebelum diparut. Ambil parutan kentang dan bungkus dengan kain, lalu letakkan pada mata.




GARAM
Ambil setengah sudu teh garam dan tambahkan 1/2 liter air. Celup putik kapas atau kapas pada larutan garam, dan sapukan pada mata.



UNCANG TEH
Celup 2 uncang teh kedalam air panas lalu angkat dan biarkan sebentar hingga suam. Kemudian, letakkan pada mata dan tutup dengan kain selama 5-10 minit. Sebaiknya, pilih teh hijau atau teh hitam. Kandungan kafien di dalam teh membantu mengurangkan masalah bengkak atau lebam pada mata.




KETULAN AIS
Kaedah paling klasik dan kerap dilakukan terutama untuk mengurangkan bengkak dibahagian  mata adalah dengan menekap ketulan ais yang dibungkus dengan kain pada mata. Anda juga boleh mencuci wajah dengan air sejuk ketika mandi.

Selain itu anda turut boleh menggunakan sudu yang disejukkan. Letakkan ais sudu pada ketulan ais dan biarkan ia sejuk seketika. Setelah itu, letakkan pada bahagian mata yang bengkak.




TIMUN
Timun tidak hanya baik untuk kesihatan, tetapi juga dapat memberi manfaat untuk mengatasi masalah pada mata. Kandungan astringent yang ada didalamnya membantu untuk menghilangkan bengkak atau lebam pada mata. Letakkan timun yang dipotong kedalam peti sejuk dan biarkan seketika. Setelah sejuk, ambil dan letakkan pada mata. Biarkan mata berehat seketika.

MINUM AIR PUTIH
Meskipun cara ini tidak dapat menghilangkan dengan cepat bengkak pada mata, namun dengan memperbanyakkan minum air putih akan membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Diharap dengan sedikit  tips / petua ini dapat menyelesaikan masalah mata sembab yang menghantui diri anda.

Sumber : INFO SIHAT (Mingguan Wanita)

8 TIPS KEMBALI LANGSING SELEPAS BERSALIN



Setiap ibu-ibu hamil pasti menginginkan kembali bentuk badan idaman seperti zaman anak daranya yang lalu.

Ianya tidak mustahil jika si ibu mempunyai disiplin yang kuat semasa dalam pantang.

Itu tidak bermakna ibu perlu meninggalkan makanan yang berkhasiat semasa berpantang. Setiap ibu perlu mengambil kira nutrien-nutrien yang diperlukan semasa dalam pantang, agar ibu kekal bertenaga dan si kecil dapat memenuhi keperluan nutriennya semasa menyusu.

Untuk perkongsian hari ini, mamayu  ingin memberi berkongsi tips-tips dengan anda semua bagaimana kekalkan bentuk badan idaman anda.

Ibu-ibu diluar sana jangan risau, amalkan cara berikut bagi  memastikan impian itu jadi kenyataan:

1. SANTAI
Untuk mengembalikan bentuk tubuh anda yang langsing memerlukan waktu. Meski pun tampak mudah sebagaimana yang dilakukan selebriti terkenal selepas melalui proses bersalin yang hanya mengambil masa selama seminggu untuk kembali langsing, tetapi hakikatnya bukan semudah itu.

Tubuh anda telah melalui perubahan besar selama sembilan bulan iaitu ketika anda hamil, jadi janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh waktu yang singkat.

2. MENYUSUI
Seorang ibu yang menyusui bayinya dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Anda akan dapat membakar sehingga 500 kalori lebih setiap hari jika anda memberi sepenuhnya penyusuan ibu kepada si manja.

3. BERGERAK
Pastikan anda sentiasa mendapat khidmat nasihat daripada doktor bila anda boleh mula berolahraga setelah bersalin. Jika boleh, berjalan-jalan sedikit di sekitar rumah sambil membawa bayi dalam kereta sorongnya selama 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

4.MAKAN SEDIKIT TETAPI KERAP
Jika anda menunggu waktu lapar untuk makan, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah makan lebih banyak kalori bila anda makan.

Hindari makan terlalu banyak dan jagalah metabolisme dengan stail dan makan antara 5-6 sajian kecil setiap hari.

5. KUDAPAN SIHAT
Gantikan kudapan manis yang sering anda makan dengan buah-buahan atau salad. Bersihkan almari serta peti sejuk anda daripada kudapan tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek dan ais krim.

6. BANYAKKAN SERAT
Tetap kenyang lebih lama dengan makan makanan yang tinggi kandungan serat. Makanlah banyak makanan berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

7. AMBIL PROTEIN.
Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya merupakan sumber Omega 3 yang telah terbukti mengurangi pengurangan dan membantu menurunkan berat badan.

8. MINUM BANYAK AIR
Air sama fungsinya seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ didalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi dengan keperluan cairan kerana ianya amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan anda.



Seperti yang mana kita sedia tahu. Produk shaklee memang terkenal dengan kemampuannya membantu ibu-ibu kembali langsing selepas bersalin.

Antara supplement yang boleh diambil untuk kuruskan badan oleh ibu adalah;

ESP
ALFAFA
LECITHIN

Macam mana set ini bertindak kepada ibu2 yang nak kurus nie..Jom kita selidik setiap peranan supplement berkaitan.

1. ESP 
-Pembekal tenaga - Memberi tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun badan, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
- Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia. Sangat sesuai untuk mengelak gastrik semasa diet.

2. ALFAFA
- Menyingkirkan lemak dan kolestrol  kerana alfafa mempunyai saponin, serat yang bertindak seperti span unutk menyerap lemak dan kolestrol.

3. LECITHIN
- Mengemulsikan lemak supaya badan kita tak serap lemak-lemak.
- Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah.
- Lecithin juga bertindak membantu memetabolismakan lemak, kolestrol, dan trigleserida didalam tubuh kita.
- Pengambilan dalam bentuk yang telah disarankan dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat bagi perlangsingan dan pengurusan badan.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan supplement berkaitan. Boleh la hubungi mamayu bagi konsultansi PERCUMA.

Hanya email / wassap mamayu di 012-7925153




Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan