Wednesday 16 April 2014

KENALI OSTEOPOROSIS


OSTEOPOROSIS  merupakan  keadaan dimana tulang menjadi poros dan rapuh.

"oste" ertinya tulang. 
"porosis" ertinya poros @ rapuh.

Tulang yang normal mempunyai protien, kolagen dan kalsium bagi menguatkan tulang kita.

Jika tulang mengalami kekurangan 3 elemen di atas..maka kerapuhan tulang senang berlaku dan mengakibatkan tulang mudah retak atau patah.

Antara kawasan yg paling senang mengalami retak tulang adalah tulang belakang, tulang pinggul dan pinggang...

Dianggarkan 1:3 wanita dan 1:12 lelaki yang berumur melebihi 50tahun menderita osteoporosis di seluruh dunia.

Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus untuk dikenali..Dan sesetengah pengidapnya tidak mengetahui bahawa dia mengalami osteporosis sehinggalah  berlaku kecederaan dan keretakan yang serius..

Tetapi, terdapat beberapa gejala yang boleh dikenalpasti jika anda:
- sering mengalami sakit punggung dan pinggang.
- hilang ketinggian badan.
- kelainan bentuk tulang belakang seperti kyphosis ( badan mulai bongkok)
- Postur kaki mula membengkok biasanya membentuk O
- Osteoporosis dapat terjadi pada setiap tulang anda. Tetapi yang paling umum adalah di            pergelangan tangan, tulang pinggul, dan tulang belakang. 



ANTARA FAKTOR MENINGKATKAN RISIKO OSTEOPOROSIS ADALAH;

1. ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum , seperti pelari marathon.


2. KURANG bersenam dan diet kalsium rendah , badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu . Bagi mereka yang kurang bersenam , badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup . Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik , angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang ( BMD ) wanita yang telah menopaus .


3. WANITA , lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita .


4. BERBANGSA Asia atau campuran Asia , warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia .


5. TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil , berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin .


6. SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis , ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi .


7. MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa .


8. MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan .


9. PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna , nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus .


10. MENOPAUS ( putus haid ) , wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus . Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut .


11. PARAS hormon estrogen yang rendah , ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua - dua belah ovari .


12. RAWATAN kemoterapi .


13. Amenorrhea , tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah . Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa .


14. INFLAMASI kronik , radang sendi dan penyakit hati kronik .

Hipertiroidisme , penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid .

15. KURANG VITAMIN D , yang membantu badan menyerap kalsium . Apabila vitamin D kurang , badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis .


16. PENGAMBILAN UBAT, sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin ( untuk mencairkan darah ) .


17. PENDEDAHAN kepada logam berat , pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina .


18. MINUMAN ringan , beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko osteoporosis .



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan





No comments:

Post a Comment